ape itu VTEC
VTEC ialah singkatan bagi Variable Valve Timing and lift Electronic Control (Pemasaan dan bukaan Injap Boleh Laras Kawalan Elektronik). VTEC adalah sistem pemasaan injap boleh laras yang telah diperkenalkan oleh Honda bagi meningkatkan kecekapan volumetrik enjin. Sistem VTEC yang dimajukan oleh HONDA ini adalah sistem pemasaan injap boleh laras komersial pertama digunakan dalam industri automotif. Sistem VTEC dicipta oleh jurutera R&D Honda iaitu Ikuo Kajitani.
Jenis jenis VTEC
VTEC terbahagi kepada 3 jenis, iaitu ;
Conventional VTEC
VTEC -E
i- VTEC.
Enjin VTEC konvensional dimana ia digunakan pada enjin asas yang terdahulu, iaitu pada enjin double over head cam dan single over head cam.sistem ini hanya menggunakan solonoid untuk mengawal bukaan VTEC. VTEC-e pula bertujuan untuk menjimatkan bahan api dengan meminimumkan penggunaan bahan api, Semasa kenderaan berada dalam low speed hanya satu inlet valve di buka dan hanya pada keadaan high speed barulah kedua dua inlet valve di buka, tekanan minyak enjin akan memaksa lock pin keluar dari ‘housing’nya dan mengunci cam lobe kedua untuk beroperasi. bagi pengguna jentera honda pasti mereka dapat menilai prestasi enjin yang menggunakan sistem ini. i- VTEC ialah sistem VTEC yang di kawal secara pintar oleh satu mekanisme yang lain bertujuan untuk mengurangkan sentapan semasa mekanisme VTEC beroperasi.

VTEC konvensional (SOHC dan DOHC)
VTEC konvensional (SOHC dan DOHC) Sistem VTEC yang paling asas ialah DOHC VTEC. Di dalam sistem ini, sistem VTEC mengawal pemasaan dan bukaan bagi kedua-dua injap masukan dan injap ekzos. Setiap aci sesondol mempunyai 2 sesondol bagi setiap silinder, sesondol bukaan kecil dan sesondol bukaan besar. Semasa kelajuan rendah, sesondol bukaan kecil digunakan secara lalai bagi penjimatan minyak. Semasa kelajuan tinggi, solenoid elektronik membuka laluan minyak ke pin pengunci sesondol bukaan besar dan tekanan minyak mengunci pin sesondol bukaan besar. Akibatnya, sesondol bukaan besar digunakan untuk kuasa maksimum. Apabila kelajuan enjin kembali menurun, solenoid tersebut dimatikan dan pin pengunci dilepaskan, menyebabkan sesondol bukaan kecil digunakan kembali. Bagi SOHC VTEC, mekanisme yang digunakan adalah sama tetapi aci sesondol tunggal tersebut hanya boleh mengawal pemasaan dan bukaan injap masukan sahaja.

VTEC-E
VTEC-E berfungsi dengan cara yang berbeza; jika VTEC konvensional digunakan untuk meningkatkan kuasa enjin, VTEC-E pula direka bagi penjimatan bahan api yang maksimum. Di dalam sistem VTEC-E, hanya satu sahaja injap masukan yang dibuka secara lalai pada kelajuan rendah bagi penjimatan bahan api yang maksimum. Pada kelajuan tinggi, tekanan minyak menolak pin mengunci yang mengunci injap masukan kedua, membolehkan kedua-dua injap masukan digunakan.

i-VTEC
i-VTEC menggabungkan teknologi pemfasaan sesondol yang digunakan oleh sistem pemasaan injap boleh laras yang lain dengan teknologi VTEC sedia ada bagi mengurangkan "sentapan" semasa mekanisme VTEC berfungsi.